KENYATAAN BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI DI DALAM KES MBI LAWAN FAEKAH HUSIN DAN TUJUH YANG LAIN

SSCC Bantu Koordinasi Pemadaman Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Hutan Simpan Raja Musa, Kuala Selangor
4th September 2017
MEDIA STATEMENT IN RESPONSE TO HIGH COURT JUDGMENT IN THE CASE OF MBI AGAINST FAEKAH HUSIN AND SEVEN OTHERS
4th September 2017

Kenyataan akhbar ini merujuk kepada keputusan lisan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Mac 2017 yang menolak tuntutan guaman Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Faekah Bt Husin dan tujuh lagi bekas pekerja MBI untuk bayaran pampasan yang dibuat tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah MBI dan, di antara lain, pelanggaran tanggungjawab fidusiari oleh bekas pekerja-pekerja tersebut.

Keputusan bekas Menteri Besar Selangor untuk memberikan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada lapan bekas pekerja-pekerja tersebut yang berjumlah RM2.7 juta pada hari terakhir beliau sebagai Menteri Besar tanpa mendapatkan kelulusan lembaga pengarah adalah melanggar prinsip yang dipegang oleh pengurusan MBI.

Pelaksanaan beberapa kaedah, termasuklah pewujudan lembaga pengarah dan garis panduan atau prosedur dalaman adalah perlu dan penting untuk mengukuhkan prinsip integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan di peringkat MBI. Oleh itu, semua garis panduan dalaman dan prosedur yang telah diluluskan oleh lembaga pengarah MBI yang turut dianggotai bekas Menteri Besar Selangor, sepatutnya didokong oleh semua ahli lembaga pengarah yang mewajibkan semua para pekerja menuruti dan ia tidak sepatutnya dikecualikan untuk dituruti dengan menggunakan kuasa mutlak untuk tujuan memenuhi kepentingan pihak tertentu terutamanya mereka yang mempunyai hubungan langsung dengan pemegang kuasa itu termasuklah penasihat, pembantu, kawan atau keluarganya.

Perlu ditekankan juga di sini bahawa pihak mahkamah akur bahawa mereka terpaksa mentafsir undang-undang seadanya, dan bukan seperti yang sepatutnya, malah YA hakim juga ada menyatakan bahawa “penggunaan kuasa tanpa batasan oleh pegawai awam adalah amalan purba dan tidak bersesuaian dengan era kini.”

Kami bersetuju sepenuhnya dengan pemerhatian yang dibuat ini dan berpendapat bahawa keputusan yang diambil oleh bekas Menteri Besar itu untuk membantu bekas pekerja-pekerjanya untuk memperoleh keuntungan kewangan adalah salah daripada piawaian etika yang umum. Oleh itu, kenyataan bekas Menteri Besar bahawa ini adalah satu kemenangan moral baginya adalah tidak benar sama sekali.

Pada masa yang sama, MBI sedia terima dan akur dengan keputusan mahkamah ini dan telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti keputusan bertulis pihak Mahkamah Tinggi sebaik sahaja ia dikeluarkan, dan jika perlu, memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. MBI berhak untuk mengguna segala remedi yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11