KEPIMPINAN UNGGUL, KESINAMBUNGAN KECEMERLANGAN – SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TAHNIAH

Peserta / peniaga yang berpengalaman serta berkeupayaan dan mempunyai Pendaftaran Perniagaan (SSM) adalah dipelawa untuk menyertai pelawaan penyewaan ruang niaga di kafeteria Bangunan Darul Ehsan (SUK II) milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
22nd May 2018
KEPIMPINAN UNGGUL, KESINAMBUNGAN KECEMERLANGAN – SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TAHNIAH
25th June 2018

Kami di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) ingin merakamkan penghargaan tertinggi kepada YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali atas komitmen beliau kepada negeri Selangor. Di bawah bimbingan beliau, Selangor telah berkembang maju menjadi sebuah negeri yang benar-benar peduli kepada agenda rakyat melalui inisiatif-inisiatif Peduli Rakyat yang diperkasakan lagi dengan gagasan Smart Selangor yang menjadi teras pembangunan negeri.

 

MBI Selangor dan anak-anak syarikat di bawah seliaanya akan terus menyokong pimpinan Kerajaan Negeri Selangor dan kami percaya sepenuhnya bahawa usaha memajukan negeri ini dapat diteruskan dengan jayanya di bawah pimpinan YAB Dato’ Menteri Besar Amirudin Shari ke arah merealisasikan Selangor menjadi Smart State terunggul di rantau ASEAN menjelang tahun 2025.

 

Nabi saw pernah bersabda yang mafhumnya;

“Pemimpin-pemimpin yang peduli dan adil kepada rakyatnya kelak ketika di mahsyar, Allah akan letakkan mereka di atas singgahsana yang diperbuat dari cahaya yang mana semua kata akan tetumpu kepada mereka.”

 

Semoga Allah swt mengangkat darjat kedua-dua pemimpin yang kami kasihi ini serta dapat meneruskan kesinambungan peduli dan adil kepada rakyat.

 

YM Raja Shahreen Raja Othman

Ketua Pegawai Eksekutif

 

 

Tarikh: 20 Jun 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11