PERADUAN #SMILESELANGOR MENGUKIR SENYUMAN WARGA SELANGOR

SELANGOR DAN PULAU PINANG MEMETERAI HUBUNGAN KERJASAMA MELAKSANA INISIATIF BANDAR PINTAR
25th September 2017
Majlis Agihan Insentif Jemaah Haji Muassah 1438H/2017M (28.7.2017)
16th October 2017

 

Satu majlis penyerahan hadiah peraduan #SmileSelangor telah diadakan di Black Box SACC Mall, Shah Alam, hari ini bagi tiga pemenang utama peraduan tersebut yang telah diadakan daripada 1-14 September 2017.

Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Soffan Affendi dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit, Dr Fahmi Ngah serta ikon selebriti #SmileSelangor Fadzil Zahari.

Tiga pemenang utama peraduan tersebut adalah Muhamad Faiz Bin Lazarus, 26, (@_irdinazara_), Sarimah Binti Rosli (@as_arima), 27, dan Muhammad Ajwad Bin Amaluddin (@ajwadamal), 23.

Kesemua pemenang ditentukan berasaskan gambar senyuman serta kapsyen yang mengamati visi Smart Selangor sendiri.

Peraduan #SmileSelangor telah diadakan bagi mempromosi inisiatif-inisiatif Smart Selangor dengan mengetengahkan pengalaman warga Selangor sendiri. Peserta hanya diminta menghantar gambar di laman media sosial dengan hashtag #SmileSelangor dan #SmartSelangor serta menyatakan visi Smart Selangor yang membuatkan mereka tersenyum.

Menurut Dr Fahmi Ngah di dalam ucaptamanya, kempen #SmileSelangor ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai, terutamanya warga Selangor tentang kemudahan-kemudahan serta inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang banyak membantu rakyat.

“Melalui kempen ini, ramai warga Selangor mula berkongsi pengalaman tentang insentif serta kemudahan yang diperoleh daripada Smart Selangor, dan manfaat daripada inisiatif ini bolehlah kami mengukir senyuman warga Selangor,” ujar beliau.

Kempen #SmileSelangor ini telah disertai oleh lebih 600 peserta di Facebook dan Instagram Smart Selangor, dan mempunyai capaian melebihi tiga juta pengguna media sosial.

Turut dianjurkan adalah ‘Meet and Greet’ bersama satu lagi ikon selebriti #SmileSelangor, pelakon utama drama bersiri Mencintaimu Mr Photographer, Syafiq Kyle.

Syafiq Kyle yang merupakan selebriti terkemuka tanahair telah bertemu peminat di dalam majlis tersebut bagi menghargai penyertaan mereka dalam peraduan #SmileSelangor.

Date: 17 September 2017

Comments are closed.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11