PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SHORTIES SMART SELANGOR 2018 MENOBATKAN LIMA PEMENANG UTAMA

REQUEST FOR INFORMATION (“RFI”) PROSPECTIVE PARTNERS FOR PROPOSED JOINT-VENTURE DEVELOPMENT OF STATE LAND IN SELANGOR DARUL EHSAN
9th February 2018
Peserta / peniaga yang berpengalaman serta berkeupayaan dan mempunyai Pendaftaran Perniagaan (SSM) adalah dipelawa untuk menyertai pelawaan penyewaan ruang niaga di kafeteria Bangunan Darul Ehsan (SUK II) milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
22nd May 2018

Satu majlis Malam Gala Shorties Smart Selangor 2018 telah diadakan di MBO Cinemas, Space U8, hari ini untuk menobatkan pemenang utama pertandingan video pendek bertemakan Smart Selangor tersebut.

Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor), YM Raja Shahreen Bin Raja Othman dan turut dihadiri oleh Zaki bin Haji Abdul Rahim, ketua juri Smart Shorties, serta selebriti Yana Samsudin.

Lima pemenang utama pertandingan tersebut adalah Muhammad Roszameer Bin Yaacob yang menghasilkan video I.S.S: Intelligent Selangor State, tempat kedua Iskandar Al-Haziq Bin Ahmad Nazri (Bas Semat @ Smart Selangor), tempat ketiga Muhammad Ammar Adzim (Harapan), tempat keempat Izaq Yuzaini Bin Ismail (Pengguna Bijak) dan tempat kelima Rabiatul Adawiyah Binti Azarudiin (Takdir Baru).

Kesemua pemenang dipilih berdasarkan mesej Smart Selangor yang disampaikan melalui filem pendek, kreativiti, ketulenan video yang dihasilkan, isi kandungan, gaya penceritaan dan suntingan video.

Pertandingan Shorties Smart Selangor 2018 merupakan inisiatif MBI Selangor dan SSDU dengan kerjasama Prokuya Studios untuk menyediakan platfom bagi pembikin filem amatur menyampaikan kreativiti mereka melalui penghasilan atau pembikinan video filem pendek.

Peserta diminta untuk menghasilkan video pendek yang berdurasi tidak lebih dari tiga minit yang menerapkan sekurang-kurangnya salah satu daripada 12 domain Smart Selangor.

Menurut YM Raja Shahreen dalam ucaptamanya, pertandingan Shorties Smart Selangor 2018 ini dianjurkan bagi mempromosikan Smart Selangor, dan untuk menggalakkan penyertaan orang ramai supaya mesej yang disampaikan melalui video filem pendek itu nanti akan mudah diingati dan difahami oleh setiap rakyat di negeri Selangor.

“Smart Selangor dibentuk berasaskan falsafah berteraskan rakyat (citizen-centricity), jadi kami amat berbesar hati dengan penyertaan-penyertaan yang diterima, kerana ia memberi gambaran persepsi serta penerimaan rakyat terhadap agenda Kerajaan Negeri Selangor ini,” ujar beliau.

Pertandingan ini bermula dari 27 Mac sehingga 17 April, dan dimuatkan dengan satu Bengkel Smart Shorties pada 21 April dan 22 April bagi memberi tunjuk ajar pakar industri kepada 16 peserta yang telah disenarai pendek daripada 22 video penyertaan. 16 penyertaan ini kemudian diberi peluang untuk menambahbaik filem pendek yang telah dihasilkan sebelum penilaian akhir dilakukan untuk pemilihan pemenang utama.

Pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8,000, tempat kedua sebanyak RM4,000, manakala tempat ketiga wang tunai sebanyak RM2,000 dan dua lagi hadiah saguhati sebanyak RM500 untuk setiap pemenang.

 

Tarikh: 4 Mei 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11