Smart Selangor

Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
2nd August 2018
Early Intervention Program (EIP)
2nd August 2018

Smart Selangor merupakan suatu usaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri terunggul di rantau ASEAN yang peduli rakyat, dilandasi dengan penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti hidup dan memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.

Iltizam kerajaan negeri untuk menjayakan Smart Selangor telah dimulakan dengan penubuhan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sebagai unit pelaksana Smart Selangor pada April 2016.

Dengan kerjasama baik yang diberikan oleh semua pihak, versi pertama Smart Selangor Blueprint telah dilancarkan pada Disember 2016 dengan mengenalpasti 12 domain utama iaitu: Smart Governance, Smart Digital Infrastructure, Smart Transport & Mobility, Smart Waste Management, Smart Social Support, Smart Healthcare & Well-Being, Smart Education, Smart Water Management, Smart Energy, Smart Food & Agro, Smart Safety & Security, Smart Building & Smart Disaster Management.

Antara inisiatif yang telah dibangunkan adalah;

  • penyempurnaan dan perlaksanaan middleware Waze iaitu Intelligent Response Selangor (i-RS) untuk laporan jalan berlubang
  • Selangor Intelligent Transport System (SITS) yang meningkatkan penyampaian khidmat Bas Smart Selangor kepada rakyat dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menyediakan aplikasi dan mendapatkan maklumat seperti perhentian bas yang terdekat, jangka masa tiba bas, dan penggunaan bas dan laluan secara optimum
  • Community Opinion On-Line (COOL) iaitu platform digital untuk rakyat berinteraksi dengan Kerajaan Negeri dan wakil rakyat
  • Smart Selangor Command Centre (SSCC) yang mula beroperasi pada bulan Ogos 2017 untuk memusatkan data negeri secara real-time untuk dianalisa bagi memudahkan operasi pemantauan menerusi satelit dan pengurusan insiden hutan terbakar, pencemaran air dan lokasi sampah haram

Selain itu, Smart Selangor Parking, Cashless Society, Activ8 Smart Selangor, dan juga pemantauan Indeks Kualiti Udara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11