MUAT TURUN APLIKASI BAS SMART SELANGOR

Program Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat dan Ramah-Mesra bersama Dato’ Menteri Besar Selangor (8.10.2017)
16th October 2017

Aplikasi Bas Smart Selangor, iaitu Selangor Intelligent Transport System (SITS) , sudah boleh dimuat turun pengguna perkhidmatan itu bermula pada hari ini di Google App Store dan akan menemui pengguna di Apple Play Store tidak lama lagi .

Antara manfaat utama aplikasi tersebut bagi pengguna adalah ia memberi informasi kesemua lokasi 34 laluan Bas Smart Selangor kepada pengguna termasuk PJ City Bus .

SITS juga membolehkan para pengguna mengenalpasti perhentian terdekat di samping menyemak jangkaa n waktu ketibaan bas seterusnya. J adual bas juga akan dipaparkan untuk memudahkan pengguna.

Bas percuma Smart Selangor telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sejak tahun 2015 , dan sehingga kini 100 buah Bas Smart Selangor sudah beroperasi dengan menca pai lebih 10 juta pengguna bas.

YM Raja Shahreen Raja Othman, Pengarah Smart Selangor Delivery Unit, berkata, aplikasi yang dilancarkan tersebut bertepatan denga n aspirasi Smart Selangor untuk memberi kemudahan serta menaiktaraf hidup rakyat dengan menggunakan teknologi sebagai asas sokongan.

“Salah satu isu utama yang dibangkitkan ketika kami mengkaji keperluan rakyat untuk Blueprint Smart Selangor adalah isu pe ngangkutan dan mobiliti, oleh itu selain melengkapkan Bas Smart Selangor dengan WiFi percuma serta kamera CCTV, kemudahan seperti aplikasi SITS ini diusahakan agar kami boleh membantu masyarakat dengan melengkapkan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan N egeri Selangor”.

Menurut Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit, Dr Fahmi Ngah, “Aplikasi SITS yang sudah boleh dimuat turun ini berniat memudahkan para pengguna Bas Smart Selangor dengan mendapatkan maklumat terperinci perjalanan dan masa keti baan bas,”

“Jadi, pengguna boleh mengurus masa dan merancang perjalanan mereka dengan lebih bijak dan efektif serta tidak perlu menunggu lama di mana – mana perhentian bas seperti sebelum ini,” ujarnya lagi.

Pada pengumuman Belanjawan Selangor 2018 oleh Y AB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada 3 November yang lalu, beliau turut mengumumkan RM11 juta sebagai sebahagian projek Smart Selangor termasuklah pelaksanaan Projek Perhentian Bas Pintar.

Date:6 NOVEMBER 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11