Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) telah ditubuhkan dibawah Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No: 3 1994] pada 21 September 1994. MBI sebagai sebuah badan korporat yang dikenali juga melalui singkatan nama "MBI Selangor", telah ditubuhkan khusus untuk mentadbir pengurusan asset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri serta mewakili Kerajaan Negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang diluar bidang kuasa pihak kerajaan negeri. MBI juga berperanan mempromosi dan mendokong usaha pembangunan negeri Kerajaan Negeri Selangor di samping melunaskan kewajiban tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Sebagai entiti pelaburan strategik Negeri Selangor bagi menjana pertumbuhan ekonomi, mendokong agenda Kerajaan Negeri dan memacu penciptaan nilai untuk pengagihan sumber kekayaan yang adil dan saksama.


  • Untuk mentadbir harta dengan cekap
  • Untuk melaksanakan inisiatif strategik demi pembangunan ekonomi
  • Untuk menegakkan tadbir urus korporat yang cekap
  • Untuk memupuk budaya berprestasi tinggi
  • Untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat
  • Untuk menggalakkan penglibatan sosial

Kami Gembira
Dapat Mendengar
Daripada Anda

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11