SELANGOR DAN PULAU PINANG MEMETERAI HUBUNGAN KERJASAMA MELAKSANA INISIATIF BANDAR PINTAR

SMART SELANGOR UNVEILS NEW LOGO SYMBOLISING SYNERGY AND CONNECTION
16th September 2017
PERADUAN #SMILESELANGOR MENGUKIR SENYUMAN WARGA SELANGOR
21st September 2017

 

Shah Alam: Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diadakan bagi memeterai hubungan kerjasama di antara kedua-dua negeri di dalam pelaksanaan inisiatif bandar pintar.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya dan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang; YB Dato’ Sarul Bahiyah binti Haji Abu.

Perjanjian tersebut telah disaksikan oleh Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap portfolio Bandar Pintar di kedua-dua buah negeri iaitu YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor dan YB Chow Kon Yeow Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas Dan Tebatan Banjir Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menurut perjanjian yang ditandangani, satu Jawatankuasa Bandar Pintar yang terdiri dari wakil-wakil dari kedua-dua negeri akan ditubuhkan bagi merealisasikan perancangan dan pelaksanaan usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan di bawah perjanjian persefahaman ini nanti.

Memorandum Persefahaman itu juga ditandatangani untuk menggalakkan usaha sama dan kerjasama di antara kedua-dua Negeri untuk melaksanakan inisiatif Bandar Pintar dan untuk menggalakkan pertukaran penyelesaian industri.

Upacara tersebut telah diadakan diperkarangan Smart City and Future Commerce Conference yang diadakan di Setia Alam Convention Center, Selangor daripada 7 sehingga 9 September 2017.

Tarikh: 7 September 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11