Bakal haji sambut baik Insentif Haji Muassasah Negeri Selangor 2017

Jemaah haji disaran jaga kesihatan, beroleh haji mabrur
30th August 2017
MBI salur RM3 juta insentif kepada bakal haji muassasah Selangor
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date    : 9 July 2017

SHAH ALAM, 9 JULAI: Jemaah haji muassasah Selangor melahirkan kesyukuran di atas insentif diberikan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) bagi mereka menunaikan ibadah haji di Makkah, tahun ini.

Kebanyakan mereka mengganggap pemberian itu adalah salah satu usaha terbaik dipelopori Kerajaan Negeri menerusi anak syarikatnya dengan keperluan rakyat terus menjadi keutamaan.

“Ia bagus dan insentif ini tentunya membantu bakal jemaah haji dalam membuat persiapan untuk menunaikan ibadah haji.

“Pendekatan dilakukan ini perlu diteruskan demi kebaikan rakyat dan kita maklum kebanyakan jemaah membuat tabungan dalam usaha melayakkan diri terpilih untuk ke Makkah,” kata Wan Zahari Wan Mohd Salleh, 51, dari Kajang kepada SelangorKini.

Beliau juga melahirkan kesyukuran kerana terpilih mengerjakan ibadah haji buata kali pertama pada tahun ini kerana berdasarkan rekod kemungkinan gilirannya terpilih mungkin lebih lama.

Bagitu juga dengan Syed Fadzil Syed Omar, 55, yang merasakan insentif itu sebagai tanda keprihatinan dan akan digunakan sebaiknya bagi mempersiapkan diri mengerjakan Rukun Islam kelima nanti.

“Saya menabung secara beransur-ansur sejak 1984 untuk menunaikan ibadah haji dan bersyukur terpilih pada tahun ini malah tambah gembira dengan pemberian insentif RM500 ini,” kata anggota polis dari Bandar Seri Putra, Kajang itu.

Wan Noorulhana Wan Yahya, 58, dari Bukit Antarabangsa, Aampang berkata, warga Selangor seharusnya menghargai insentif itu dan ia memberi nilai tambah kepada mereka yang bakal menjadi tetamu Allah di tanah suci.

“Walau tidak seberapa namun ia amat membantu kebanyakan jemaah haji yang berpuluh tahun menabung untuk mengerjakannya dan ia satu langkah wajar dipuji, ” katanya mantan kakitangan kerajaan yang akan ke Makkah buat kali pertama bersama suami, Md Zaki Ad Wahid, 61.

Ahmad Maulana Ali, 59, dari Sijangkang juga bersyukur menerima insentif itu dan terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

“Alhamdulillah saya menerimanya dan turut bersyukur doa saya untuk menunaikan haji tahun ini dimakbulkan Allah,” katanya menambah beliau banyak berdoa ketika menunaikan umrah pada Mac lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11