Belanjawan 2017: Fokus pacu pertumbuhan ekonomi negeri

Pameran Smart Selangor dedah inisiatif pintar
30th August 2017
Smart Selangor pikat sektor swasta
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date : 15 August 2016

SHAH ALAM, 15 OGOS: Inisiatif menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri menjadi komponen terpenting penghasilan Belanjawan 2017, kata Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, tumpuannya turut menekankan justifikasi pengiraan dan pembinaan indeks kemiskinan yang giat dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Kita perlu membahaskan sama ada kemiskinan mengikut daerah dan kaum serta penetapan pendapatan garis kemiskinan (PGK) bagi Selangor.

“Ia perlu disemak semula berdasarkan justifikasi pengiraan dan pembinaan indeks kemiskinan,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, perkembangan tersebut mendorong Kerajaan Negeri untuk menetapkan PGK baru pada kadar lebih positif demi manfaat jangka panjang rakyat.

“Satu kajian dijalankan Kerajaan Negeri untuk menetapkan PGK pada kadar 60 peratus daripada medien pendapatan isi rumah Selangor iaitu RM3,300,” katanya pada Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2017, di sini, hari ini.

Katanya, ketetapan itu dilihat boleh menyumbang kepada perolehan pertumbuhan ekonomi mampan dan berdaya saing di peringkat global.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, komitmen Kerajaan Negeri juga untuk terus memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya susulan peningkatan taraf hidup dan pelaksanaan cukai rakus GST.

“Sementara Selangor perlu meningkatkan pertumbuhan, menyediakan persekitaran yang meransang pelaburan dan kita tidak boleh berkrompomi dengan tangungjawab keadilan sosial.

“Kebajikan rakyat yang terus tertekan dengan peningkatan kos kehidupan dan beban GST perlu diberi perhatian sepenuhnya,” katanya.

Perbincangan hala tuju Belanjawan 2017 diadakan selama dua hari itu mengambil maklum pandangan tokoh profesional, wakil industri dan pembuat dasar untuk memberikan sebarang pandangan mengenai pembentukan belanjawan negeri.

Antara yang hadir adalah wakil dari Invest Selangor, Tourism Selangor, PKNS, syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), barisan Exco, Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11