Blue Print Smart City, rujukan hala tuju Gagasan Smart Selangor

Amsterdam, Barcelona dan Taipei contoh terbaik Selangor terajui Smart City
30th August 2017
Selangor Smart City International Conference bakal jadi acara tahunan
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date : 6 December 2016

SHAH ALAM, 6 DIS: Pelan tindakan Blue Print Smart City boleh dijadikan bahan rujukan kepada rakyat menilai keberkesanan pelaksanaan agenda Smart Selangor yang giat dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rujukan tersebut boleh diguna pakai secara menyeluruh untuk mengukuhkan pembinaan gagasan tersebut.

“Blue Print ini menjadi bahan rujukan kepada penjawat awam, swasta dan rakyat untuk melihat dan menilai sendiri sejauh mana komitmen Kerajaan Negeri membangunkan Selangor sebagai Smart State.

“Ia juga boleh diguna pakai sebagai panduan kepada rakyat untuk menuju ke arah Smart City yang lebih mampan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pameran Selangor Smart City di The Hotel Saujana, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Nik Nazmi hadir mewakili Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melancarkan blue print Smart Selangor, di sini.

Pemeteraian tersebut turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman.

Selangor Smart City International Conference berlangsung selama dua hari melibatkan delegasi daripada Barcelona, Taiwan dan Amsterdam.

Fokusnya turut memberi memberi tumpuan kepada pemerkasaan idea Smart City dari luar menerusi penglibatan daripada semua agensi kerajaan dan pemain industri termasuk masyarakat awam dan swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11