Fasa 2 Smart Selangor fokus agenda pembaikan

Selangor Smart City International Conference bakal jadi acara tahunan
30th August 2017
MB & pemimpin bersarapan bersama penduduk PPR Kota Damansara
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date : 8 December 2016

SHAH ALAM, 8 DIS: Pemerkasaan gagasan Smart Selangor diteruskan menerusi pembaikan program sedia dalam pelan perancangan fasa 2, pada 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman berkata, tumpuan lebih komprehensif digerakkan supaya pendedahan berkenaannya dapat disalurkan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, fasa kedua akan memfokuskan kepada sepuluh teras komponen seperti yang dirancang dalam Blue Print Smart Selangor.

“Fasa pertama dijayakan dengan berkesan menerusi pembaikan isu sampah, pembersihan sungai, jalan berlubang dan pembersihan awam.

“Cadangannya kami akan terus menggerakkan program pembaikan sedia ada supaya gagasan ini dapat dijayakan sebaiknya,” katanya kepada SelangorKini.

Optimis memastikan Selangor menjadi peneraju kepada Smart State terulung di Malaysia, Raja Shahreen yakin kejayaan itu mampu dicapai menjelang 2025.

Beliau berkata, komitmen itu dapat dizahirkan jika anggota masyarakat memainkan peranan sama memastikan agenda terbabit dapat direalisasikan.

“Saya optimis agenda ini mampu dicapai, namun kebergantungan kita supaya masyarakat boleh memberi kerjasama baik kerana cabaran terbesar ketika ini adalah pemahaman kurang daripada masyarakat.

“Masyarakat perlu mendapat pendedahan bahawa gagasan yang kita bina ini adalah sangat baik dan bermanfaat demi kebaikan masyarakat Selangor.

“Jika pemahaman itu diterima secara meluas, saya yakin pembinaan gagasan ini dapat dijayakan menerusi keterlibatan semua pihak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11