Iftar dan tazkirah berbumbungkan langit

MB: Sumbangan RM1 juta, ‘tanda kasih’ rai Syawal
30th August 2017
Empat syarikat serah zakat RM11.7 juta
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date    : 15 June 2017

SHAH ALAM, 15 JUN: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjayakan Majlis Iftar dan Tazkirah Santai di Dataran Kemerdekaan, di sini, semalam.

Majlis dimulakan dengan tazkirah bersama yang menggandingkan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS, Muhamad Yusof Masran dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali dengan tajuk ‘Amalan Sunat Yang Sering Dilupakan’.

Mengulas berkenaan program itu, Mohd Jaafarudin berkata, MBI berbesar hati untuk menyertainya buat pertama kali tahun ini kerana melihat sambutan menggalakkan sejak JAIS menganjurkannya, enam tahun lalu.

“Ini satu pengalaman baru buat kita untuk menyokong program dakwah secara santai, di sini. Untuk program hari ini, MBI menyumbangkan RM18,000 bagi menjayakan program ini sebagai tanda sokongan,” katanya.

Menceritakan pengalaman menyampaikan tazkirah secara terbuka sambil melihat persiapan orang awam berbuka puasa, beliau berkata, itu pengalaman baru kerana selama ini menyampaikan tazkirah secara santai.

“Satu pengalaman yang hebat. Jika sebelum ini kita menyampaikan tazkirah secara formal di hadapan jemaah tapi hari ini dapat melihat mereka berkumpul dan membuat persiapan menanti detik berbuka puasa.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin selain orang awam yang menjadikan Dataran Kemerdekaan sebagai lokasi iftar beramai-ramai.

Sementara itu, bagi Muhamad Yusof, JAIS menyedari potensi kesukaan orang awam berbuka puasa di sana bersama keluarga dan menyediakan kemudahan seperti surau serta makanan untuk berbuka.

“Ini penganjuran tahun keenam. Jika dahulu, kita dapat aduan daripada orang awam berkenaan surau dan bertindak terus untuk memastikan keselesaan pengguna dengan menempatkan seorang imam dan bilal bagi tujuan solat jemaah serta solat sunat terawih,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11