Insentif RM500 MBI untuk jemaah haji muassasah Selangor tanda peduli rakyat

Mangsa banjir Hulu Langat terima sumbangan RM1,000
30th August 2017
Jemaah haji disaran jaga kesihatan, beroleh haji mabrur
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date    : 8 July 2017

SHAH ALAM, 8 JULAI: Kerajaan Negeri menerusi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bakal melancarkan insentif RM500 kepada jemaah haji muassasah Selangor yang bakal menunaikan haji ke Makkah untuk tempoh terdekat.

Insentif di bawah Program Jemaah Haji Muassasah Selangor itu dilaksanakan sebagai tanda kepedulian pentadbiran negeri dan MBI kepada bakal jemaah haji muassasah Selangor.

Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin berkata, insentif berkenaan bakal diumumkan sebagai hebahan kepada jemaah terlibat.
“Insentif haji muassasah RM500 MBI adalah tanda peduli dan keprihatinan GLC Selangor terhadap jemaah haji muassasah Selangor.

“Kami di dalam peringkat akhir perbincangan bersama agensi kerajaan yang lain untuk melancarkan agihan secara efisien kepada jemaah haji,” katanya ringkas kepada SelangorKini.

Beliau diminta mengulas laporan berita yang tular di media sosial berhubung pelaksanaan insentif itu.

Difahamkan, insentif berkenaan diwujudkan selepas mendapat persetujuan bersama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Lembaga Pengarah MBI.

Untuk tempoh kini, jemaah haji negeri yang berminat boleh menyediakan dokumen lengkap seperti salinan kad pengenalan, salinan surat tawaran Tabung Haji dan dokumen tandatangan bakal jemaah yang diakui sah bagi kelayakan permohonan sebelum 22 Julai depan.

Sehubungan dengan itu, jemaah haji negeri disaran memanfaatkan peluang itu bagi menjayakan usaha murni ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11