Jemaah haji disaran jaga kesihatan, beroleh haji mabrur

Insentif RM500 MBI untuk jemaah haji muassasah Selangor tanda peduli rakyat
30th August 2017
Bakal haji sambut baik Insentif Haji Muassasah Negeri Selangor 2017
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date    : 9 July 2017

SHAH ALAM, 9 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berharap jemaah haji dari Selangor, dapat menunaikan ibadah haji di Makkah dalam keadaan selamat dan memperoleh haji mabrur.

Baginda diwakili DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, juga berharap kursus perdana haji diikuti memberi manfaat dan ilmu diperlukan bagi mereka menyempurnakan Rukun Islam kelima itu.

“Beta berharap supaya semua peserta telah dapat mempelajari segala ilmu mencukupi sebagai bekalan untuk menunaikan fardu haji ke tanah suci Mekah dengan selamat, pergi dan balik.

“Semoga amalan bakal haji sekelian diterima Allah dan mandapat haji mabrur,” titahnya ketika merasmikan majlis penutup Kursus Perdana Haji musim 1438H/2017M peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Sultan Selangor juga berharap jemaah haji diberi kesihatan baik bagi memudahkan ibadah haji dikerjakan selain mengingatkan semuanya mengikuti segala arahan dan mematuhi peraturan ditetapkan Lembaga Tabung Haji.

“Janganlah melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri mereka dan imej Malaysia juga Selangor yang dikasihi ini,” titahnya lagi.

Seramai kira-kira 6,127 bakal haji dari Selangor akan menunaikan ibadah haji di Mekah tahun ini.

Dalam majlis itu, Raja Muda Selangor turut berkenan menerima sumbangan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) daripada Ketua Pegawai Operasinya, Soffan Affendi Aminudin, untuk Insentif Jemaah Haji Muassasah Selangor berjumlah RM3 juta.

Tengku Amir Shah seterusnya mengagihkannya kepada bakal haji berkaitan dan menyampaikan cenderamata kepada bakal haji kurniaan serta tajaan agensi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Dato’ Badlisyah Abdul Ghani; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim serta hadirin lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11