Jemaah haji disaran manfaat insentif Kerajaan Negeri

MBI salur RM3 juta insentif kepada bakal haji muassasah Selangor
30th August 2017
KENYATAAN BERKENAAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI ANTARA UNISEL DAN JANA NIAGA
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date    : 10 July 2017

SHAH ALAM, 10 JULAI: Jemaah jaji muassasah di Selangor disaran memanfaatkan peluang insentif ditawarkan Kerajaan Negeri yang diselaraskan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pemberian insentif khas itu sebagai tanda kepedulian dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor yang bakal menunaikan haji serta menjadi ‘Tetamu Allah’, pada tahun ini.

Katanya, ia juga bagi meraikan jemaah haji muassasah Selangor bagi tahun ini dengan pemberian insentif khas RM500 seorang.

“Saya mengharapkan supaya para jemaah haji akan dapat mendoakan kesejahteraan dan keamanan kepada pimpinan negeri untuk terus memberi perkhidmatan terbaik.

“Pimpinan yang baik dapat membangun dan memakmurkan Selangor supaya setiap hasil negeri dapat dinikmati bersama rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Ahamad Yunus turut mendoakan keselamatan dan kemudahan di dalam setiap urusan kepada semua jemaah haji, pada tahun ini dan mendapat haji mabrur.

Terdahulu,MBI mengumumkan insentif RM3 juta kepada jemaah haji muassasah Selangor yang bakal menunaikan haji ke Mekah, pada tahun ini.

Jumlah keseluruhan insentif itu ditetapkan berdasarkan makluman Lembaga Tabung Haji berkenaan jumlah jemaah haji muassasah dari Selangor iaitu 6,000 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11