Keberangkatan DYMM Sultan cerminan keutuhan Istana dan Eksekutif

Mangsa banjir bersyukur terima bantuan
30th August 2017
Peluang sumbang idea majukan Selangor
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date    : 2 July 2017

AMPANG, 2 JULAI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan ucapan terima kasih dan rasa gembira atas kesudian Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri Peringkat Negeri Selangor buat kali ketiga berturut-turut.

Dalam sembah ucapannya, beliau berkata keberangkatan DYMM Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor memeriahkan lagi majlis ini yang berlangsung di Padang Perbandaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Bagi pihak Kerajaan Selangor, Patik dengan penuh takzim atas limpah perkenan DYMM Tuanku dan Tengku Permaisuri Selangor berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri Peringkat Negeri Selangor.

“Tiada kata yang dapat Patik ungkapkan untuk mengucapkan rasa gembira Patik kerana DYMM Sultan Selangor berangkat ke majlis ini untuk tiga tahun berturut-turut semenjak Patik diberikan tanggungjawab mentadbir Negeri Selangor,” katanya.

Mohamed Azmin berkata keberangkatan Tuanku merupakan cerminan hubungan utuh antara pihak Istana dan Eksekutif selain turut diserikan dengan kehadiran pelbagai kaum.

Dalam sembah ucapannya, Mohamed Azmin turut berterima kasih kepada anak syarikat Kerajaan Negeri, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Worldwide Holdings, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) dan Perangsang Selangor kerana sudi memberikan tajaan pada Majlis Rumah Terbuka hari ini.

Untuk sambutan Eidul Fitri tahun ini, Kerajaan Negeri mengangkat tema ‘Fitrah Umat, Membingkai Muafakat, Rakyat Berkat’.

Sejurus kemudian, Mohamed Azmin mengiringi DYMM Tuanku menyempurnakan sambutan Jubli Perak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mula ditubuhkan pada 1 Julai 1992 sambil disaksikan Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Husin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11