Kerajaan Negeri sedaya upaya serah bantuan sebelum Aidilfitri

AYG gerakkan Operasi Suci Cuci Hulu Langat
30th August 2017
32 keluarga terima sumbangan
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date    : 22 June 2017

HULU LANGAT, 22 JUN: Kerajaan Negeri berusaha menyerahkan sumbangan bantuan sebelum Aidilfitri kepada lebih 100 keluarga terlibat musibah banjir luar biasa di Hulu Langat, baru-baru ini .

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berharap bantuan itu sedikit sebanyak menceriakan mangsa dalam menghadapai Ramadan dan menyambut Aidilfitri akan datang.

“Kalau boleh kita nak serahkan bantuan secepat mungkin, namun hanya 32 daripadanya yang lengkap isi borang.

“Jadi kita terpaksa menyampaikan mengikut fasa dimana seterusnya selepas hari raya,” katanya ketika majlis penyerahan sumbangan di Kompleks Penghulu Batu 10, Mukim Cheras.

Turut Hadir Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin, ADN Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ADN Dusun Tua, Razaly Hassan dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat.

Sekurang-kurangnya setiap keluarga menerima sumbangan RM1,000 dan barangan keperluan harian daripada Kerajaan Negeri dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Sementara itu, Jamaluddin Busu, 65, berkata, beliau bersyukur atas keprihatinan Kerajaan Negeri dan MBI yang memberikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

“Syukur sangat, sumbangan ini sedikit sebanyak kurangkan beban walaupun sebenarnya kerosakan yang kami hadapi lebih besar daripada itu.

“Walaupun sambutan raya tahun ini mungkin tidak semeriah seperti tahun sudah, tetapi kami hadapinya dengan redha,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11