KUNJUNGAN RASMI YB DATO’ TENG CHANG KHIM KE PEJABAT SSDU

PERADUAN #SMILESELANGOR MENGUKIR SENYUMAN WARGA SELANGOR
21st September 2017
demo
8th October 2017

KENYATAAN AKHBAR
KUNJUNGAN RASMI YB DATO’ TENG CHANG KHIM KE PEJABAT SSDU

SHAH ALAM: YB Dato’ Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan rasmi ke Pejabat SMART SELANGOR DELIVERY UNIT (SSDU) bagi tujuan melihat operasi di Smart Selangor Command Centre serta memperoleh maklumat terkini tentang inisiatif-inisiatif Smart Selangor.

Kunjungan beliau disertai oleh Encik Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), YM Raja Shahreen Raja Othman dan Timbalan Pengarah SSDU, Dr Fahmi Ngah.

Pengurus-pengurus projek inisiatif Smart Selangor telah membentangkan perkembangan terkini beberapa projek seperti Bus Information System (BIS), Waze potholes reporting system, Aplikasi Pemantauan Persekitaran, Sistem Pemantauan Lampu Isyarat dan Sistem Perhubungan Rakyat (Community Opinion Online).

YB Dato’ Teng Chang Khim menyambut baik inisiatif yang telah dimajukan di samping memberi beberapa cadangan penambahbaikan sistem sedia ada. Beliau turut menyatakan keperluan untuk memperkembangkan lagi inisiatif dan memastikan bahawa setiap gerak kerja dipantau dan diselia dengan efektif agar rakyat boleh memperoleh manfaat sepenuhnya.

SSDU merupakan unit yang telah diberi mandat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor menggerakkan Smart Selangor dengan menyelaraskan infrastruktur untuk penambahbaikan sistem, menjalinkan kolaborasi pihak berkepentingan, memudahcara dan mengurus penyedia perkhidmatan dan mencari solusi kepada isu-isu yang disuarakan oleh rakyat Selangor.

Tarikh: 2 Ogos 2017

Comments are closed.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11