Lab Smart Selangor : Fasa 2 tamat, idea peserta diteliti

Lab Smart Selangor medan perinci Smart Selangor Blueprint
30th August 2017
Pameran Smart Selangor dedah inisiatif pintar
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date : 28 July 2016

SHAH ALAM, 28 JULAI: Lab Smart Selangor Fasa 2 melabuhkan tirainya hari ini sebelum bersambung dua minggu lagi melibatkan syarikat swasta.

Ketua Jabatan Pengurusan Program di Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir, berkata segala rumusan dan inisiatif Smart Selangor akan dibentang untuk penelitian pihak swasta.

“Kita akan lihat apa yang mereka boleh tawarkan kepada kita bersesuaian dengan keperluan Selangor menuju ‘Smart City’.

“Langkah ini penting sebelum kita merangka bajet dan perkara lain yang mungkin diperlukan Kerajaan Negeri sebelum proses memuktamadkan peruntukan bagi menjayakan inisiatif Smart Selangor pada 2017,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 27 Jun lalu, seramai 80 wakil agensi kerajaan menyertai Lab Smart Selangor Fasa 1 melibatkan empat ‘domain’ Smart Selangor iaitu ‘Smart Waste Management’, ‘Smart Governance’, ‘Smart Development’ dan ‘Smart Digital Infrastructure’.

Sementara Fasa 2 pula dimulakan pada 25 Julai lalu dengan penglibatan ketua jabatan dan agensi berkaitan Kerajaan Negeri.

Suhaimi berkata, setiap peserta memberikan kerjasama dan komitmen sangat baik sepanjang lab berlangsung.

“Terima kasih kepada peserta yang sangat responsif dan agresif memberi idea dan pandangan untuk Smart Selangor.

“Kami harap semangat ini berterusan kerana kami masih memerlukan ‘engagement’ mereka yang arif mengenai keperluan dan kekangan di peringkat akar umbi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11