Mangsa banjir Hulu Langat terima sumbangan RM1,000

IDE jalin kerjasama jaya penyelidikan
30th August 2017
Insentif RM500 MBI untuk jemaah haji muassasah Selangor tanda peduli rakyat
30th August 2017

Media : Harakah

Date    : 7 July 2017

HULU LANGAT: Adun Dusun Tua, Razaly Hassan berkata, semua mangsa banjir di Hulu Langat akan menerima sumbangan daripada kerajaan negeri Selangor dan Bencana Alam negeri sebanyak RMiooo seorang.

Katanya, kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) akan memberi sumbangan kepada mangsa banjir sebanyak RM500 setiap seorang manakala Bencana Alam negeri Selangor juga RM500 setiap mangsa.”Mangsa yang berpindah ke penempatan mangsa banjir akan diberi RM500 manakala mangsa yang tidak berpindah diberi sumbangan RM250,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan itu akan disampaikan kepada semua mangsa banjir pada rumah terbuka sambutan Aidil Fitri DUN Dusun Tua yang dijangka pada 15 Julai nanti.Banjir lumpur yang berlaku pada 19 Jun iaitu di 10 akhir bulan Ramadan itu telah mengakibatkan 2,000 penduduk dan seorang mati lemas.

Selepas banjir surut, beliau bersama Pegawai Jabatan Kerja Raya Hulu Langat (JKR) dan Jabatan Perparitan Dan Saliran Selangor (JPS) melihat kawasankawasan yang ditimpa banjir.Lawatan pertama beliau ke kampung Sungai Michu di mana jambatan Kampung Sungai Michu yang telah retak dan telah dibina jambatan besi konkrit untuk sementara.

Seterusnya melawat tanah rebak di dewan wanita Kampung Sungai Michu yang akan dibaiki.Lawatan seterusnya ke Sungai Perdik, proses untuk perbaiki cerun di Sungai tersebut dan pembesaran jalan di jambatan berhampiran Kampung Lubuk Kelubi.

Lawatan berikutnya ke jalan utama simpang Sungai Michu yang telah mendap dan pihak JKR akan meletakkan plate besi sementara untuk memudahkan pengguna lalu lintas dan kerja-kerja pengorekan dilakukan pada malam lawatan tersebut.

Penurapan jalan yang rosak dan tidak stabil berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Serai dan juga dihadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Raya telah dilakukan segera. Beliau memaklumkan banyak projek yang sedang dijalankan dan hampir siap antaranya mendalamkan sungai dan membaiki jambatan. Keadaan jambatan yang runtuh di kampung Sungai Lui kerana air yang deras ketika berlaku banjir lumpur.

Adun Dusun Tua bersama pegawai JKR dan JPS melihat keadaan sungai di Hulu Langat manakala YB Razali melihat sendiri keadaan jalan yang menjadi laluan utama penduduk selepas dilanda banjir.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11