MB: Ramadan peluang perkukuh ukhwah

MBI, Worldwide Holdings antara pembayar zakat RM9.67 juta
30th August 2017
Lab Smart Selangor medan perinci Smart Selangor Blueprint
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date : 22 June 2016

HULU KELANG, 22 JUN: Kehadiran bulan Ramadan menjadi detik penting untuk mengukuhkan institusi masyarakat selain penekanan dan penghayatan Islam dalam kehidupan.

Manteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pengukuhan perpaduan penting seperti yang disebutkan dalam al-Quran tambahan umat Islam kini berdepan pelbagai cabaran.

Katanya, masjid dan surau menjadi nadi penting pengukuhan selain mengharapkan anak muda bersama mengimarahkannya.

“Perpaduan dan ukhwah penting bagi umat Islam kerana kita kini sedang berdepan pelbagai cabaran dan ia dapat diselesaikan jika bersatu.

“Kita mahu mengajak anak muda menghayati erti Nuzul Al-Quran dan inilah tempoh masa Allah SWT turunkan al-Quran. Bukan cuti umum semata-mata,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika bertemu rakyat sempena majlis penyerahan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri di sembilan buah masjid sekitar Parlimen Ampang dan Gombak.

Sebanyak 896 penerima daripada sembilan buah masjid menerima sumbangan duit raya RM500 dan sekampit beras.

Mohamed Azmin turut menyampaikan cek sumbangan kepada beberapa badan bukan kerajaan bagi membantu pembangunan kumpulan memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11