MBI agih insentif raya RM4.3 juta

Peluang sumbang idea majukan Selangor
30th August 2017
IDE jalin kerjasama jaya penyelidikan
30th August 2017

Media : Suara Keadilan

Date    : 4 July 2017

PEMERBADANAN Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI) mengumumkan pengagihan insentif raya berjumlah RM4.3 juta kepada kakitangan lapan anak syarikat (GLC). Ketua Pegawai Eksekutif, Raja Shahreen Raja Othman berkata, insentif berkenaan diberikan berbentuk sebulan gaji kepada setiap kakitangan.

Katanya, ia selaras dengan pemberian insentif sama oleh Kerajaan Negeri kepada kakitangan awam sempena Syawal, sebanyak dua bulan gaji. “Diharapkan, hadiah diberikan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan mampu mempertautkan ukhuwah sesama kita.

“Kami di MBI faham dan maklum dengan keadaan semasa yang semakin meruncing dan membebankan masyarakat, di Malaysia. “Atas dasar keprihatinan dan kasih sayang sesama saudara, tercetus usaha ini dan semoga ia memberi manfaat untuk kita bersama,” katanya lapor Selangorkini.

Majlis penyerahan disempurnakan Raja Shahreen dan turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin bertempat di Restoran Kueh, Shah Alam.

GLC berkenaan adalah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Hijrah Selangor, Tourism Selangor, Communication Corporation Sdn Bhd (Media Selangor), Universiti Selangor (UNISEL), Invest Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) dan Rumah Puteri Arafiah (ditadbir PEKAWANIS).

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11