MBI, Kedutaan Denmark jalin kerjasama jaya bandar mampan

10,900 unit kediaman bakal dibina di Puncak Alam
30th August 2017
Selangor ICT Fair medan perkenal produk ‘Smart City’
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date : 12 September 2016

SHAH ALAM, 12 SEPT: Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) akan mengadakan perbincangan bersama Kedutaan Denmark dalam usaha mewujudkan kerjasama ke arah menjayakan program bandar mampan di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Shahreen Raja Othman berkata, bersesuaian dengan misi MBI bagi menjayakan agenda #SmartSelangor digariskan Kerajaan Negeri, kesediaan Kedutaan Denmark berkongsi idea menerusi konsep bandar mampan dilaksanakan di Copenhagen boleh dicontohi mengikut kesesuaian.

“Kita akan mengadakan perbincangan susulan bersama mereka tidak lama lagi. Bulan depan akan ada satu lagi perbincangan sebelum persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya.

Kedutaan Denmark dengan kerjasama Kerajaan Negeri mengadakan Seminar Copenhagen Solutions For Sustainable Cities, di sini, pada 7 September lalu.

Sehubungan itu, Raja Shahreen berkata, perbincangan ringkas sudah dijalankan antara kedua pihak selepas seminar itu dengan MBI berminat terhadap ‘blue print’ program berhubung perkara yang dijalankan pihak berkenaan.

Katanya, sistem dipraktikkan di Copenhagen mencerminkan kesungguhan pihak berkuasa tempatan di sana memelihara alam sekitar dan menangani masalah pemanasan global.

“Mereka merancang sistem pengangkutan awam dan yang lain seperti membina laluan bagi penunggang basikal, memelihara kawasan sungai dan menyediakan kawasan pembuangan sampah di tempat tertentu.

“Keadaan itu memang bagus dan kita sendiri sedang melihat perkara sebegitu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11