BERITA TERKINI
Berikut ialah usaha terkini kami untuk mentransformasi Selangor sebagai sebuah negeri pintar, berdaya huni dan makmur menjelang tahun 2025.
Slide 1
INSAN adalah Skim Insurans Kemalangan Diri Berkelompok percuma khas untuk rakyat* Selangor dengan perlindungan insurans sehingga RM10,000 sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya kekal menyeluruh atau kematian akibat kemalangan.
*Tertakluk pada terma dan syarat
Slide 2
Stadium yang berusia lebih 28 tahun ini pernah dinobat sebagai stadium terbesar di Malaysia sebelum adanya Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1998. Terletak di Seksyen 13, Shah Alam, kompleks sukan ini merupakan rumah rasmi kepada pasukan Red Giants, Selangor F.C.
Pada 15 Julai, kerajaan negeri telah menyerahkan surat hasrat (LOI) kepada Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) untuk mengemukakan cadangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam. Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Kerja untuk menyelia dan memantau pelaksanaan Pembangunan KSSA. Unit Projek Khas (UPK) turut ditubuhkan.
Pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam akan merangkumi komponen komersil dan kediaman untuk terus memacu aktiviti ekonomi, memberi peluang kepada kawasan itu untuk berdikari pada masa hadapan.