46 lori kompaktor diserah permudah kutipan sisa domestic

Enam anak syarikat serah RM1.95 juta sempena sambutan Aidilfitri peringkat negeri 2 Julai
25th September 2017
AYG gerakkan Operasi Suci Cuci Hulu Langat
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date    : 21 June 2017

AMPANG, 21 JUN: Sebanyak 46 buah kompaktor baru diserahkan kepada sub kontraktor bagi memudahkan urusan kutipan sisa domestik di sekitar pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Pengurus Besar KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), Ramli Mohd Tahir berkata, lori terbabit akan diserahkan secara berperingkat dalam tempoh sebulan.

Katanya, setakat ini, lapan buah kompaktor sudah diserahkan kepada sub kontraktor.

“Kita tidak mahu menunggu masa yang lama kerana khuatir akan menganggu perjalanan kutipan. Kita jangka selepas sambutan Aidilfitri, 38 buah lori kompaktor akan dapat diserahkan.

“Penyerahan lori itu sejajar komitmen KDEBWM membawa perubahan dan pembaharuan kepada perkhidmatan kutipan sisa pepejal yang lebih efektif dan efisyen,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, KDEBWM menawarkan kesemua lori kompaktor baru kepada tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilengkapi pelbagai teknologi canggih dan terkini.

Antaranya sistem pemantauan lokasi kenderaan (AVLS), kamera undur dan CCTV yang dikawal dan dipantau secara berpusat di Centralized Command Center (CCC).

Kesemua sistem canggih dan terkini yang terdapat pada lori kompaktor itu selaras dengan aspirasi dan inisiatif Smart Selangor.

Terdahulu, KDEBWM menandatangi Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal Domestik antara MPAJ selama tujuh tahun.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar, Raja Shareen Raja Othman dan Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11