Amsterdam, Barcelona dan Taipei contoh terbaik Selangor terajui Smart City

Selangor Smart City International Conference 2016 realisasi gagasan Smart State
25th September 2017
Blue Print Smart City, rujukan hala tuju Gagasan Smart Selangor
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 6 December 2016

SHAH ALAM, 6 DIS : Selangor disaran mengambil pendekatan terbaik sebagaimana dilaksanakan di peringkat antarabangsa bagi merealisasikan hasrat pembinaan Smart City di negeri ini.

Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah berkata, Barcelona (Sepanyol), Taipei City (Taiwan) Amsterdam menjadi contoh terbaik pembinaan Smart City di peringkat antarabangsa.

“Pendekatan tersebut boleh dilaksanakan di Selangor dengan menilai beberapa perspektif dan idea yang boleh digunapakai ke arah menjadikan Selangor sebagai Smart State,” katanya.

Dr Fahmi bercakap sebagai moderator Selangor Smart City Conference 2016 di The Saujana Hotel, di sini pagi ini.

Sebelumya panel luar, Pengarah Smart Urban Project, Elia Hernando Navarro (Sepanyol) dan Timbalan Datuk Bandar Taipei City, Chin Rong Lin (Taiwan) diundang sebagai panel bagi berkongsi pengalaman pembangunan Smart City di negara masing-masing.

Turut diundang, Pengarah Strategi Low Carbon Urban Planning Amsterdam, Frans Anton Vermast dan Dato’ Faris Yahaya, wakil Smart City Cyberjaya.

Berkongsi pembinaan Smart City di negara masing-masing, keempat-empat panel merangkumkan bahawa pembangunan teknologi dan penyelesaian berteraskan idea smart diyakini mampu merealisasikan hasrat Smart City.

Ia termasuklah tumpuan 12 komponen utama bagi meningkatkan kualiti kehidupan bandar hijau, mesra alam, pendidikan, kesihatan, sains dan teknologi dan lain-lain lagi.

Dalam perkembangan sama, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad hadir mewakili Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman melancarkan pelan tindakan Blue Print pembangunan mampan agenda Smart City Selangor.

Terdahulu, penganjuran Selangor Smart City International Conference 2016 merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri merancakkan lagi agenda pembangunan Smart City.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11