Bas elektrik jayakan Pelan Tindakan Teknologi Hijau

Pengecualian MOT: Luar jangkaan, penduduk syukur
25th September 2017
Penantian 26 tahun berakhir dengan kejutan
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 16 April 2017

SHAH ALAM, 16 APRIL: Penggunaan bas elektrik diyakini mampu mengurangkan kebergantungan kepada kereta yang menggunakan tenaga fosil, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, inisiatif bas elektrik sudah dimulakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di bawah Pelan Tindakan Teknologi Hijau dengan menyediakan dua bas elektrik untuk perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor.

Katanya, MBPJ juga mempunyai lima motosikal elektrik bagi tujuan rondaan dan penguatkuasaan.

“Justeru, pelancaran dua bas dan dua kereta elektrik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga adalah sebahagian usaha berterusan bagi merealisasikan Pelan Tindakan Teknologi Hijau.

“MBSA juga akan meneroka usaha penyediaan sewaan basikal seperti terkandung dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri dengan pihak berkuasa bandar raya Taipei,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan Sambutan Hari Bumi 2017 di Dataran Kemerdekaan, di sini, hari ini.

Turut diadakan Majlis Pelancaran Bas dan Kereta Elektrik MBSA yang disempurnakan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada 28 Mac lalu, tiga agensi Kerajaan Negeri iaitu Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Selangor Digital Creative Centre dan Jawatankuasa Pelaburan, Industri, Perdagangan, PKS dan Pengangkutan menandatangani MOU bersama dengan bandar raya Taipei.

Antara lain, ia memfokuskan kerjasama pengangkutan pintar meliputi pembangunan sistem perkongsian basikal awam dan galakan penggunaan kenderaan elektik di seluruh Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11