Evolusi Smart State, MBI realisasi gagasan Smart Selangor

Selangor-Taipei meterai MOU Smart State, inisiatif pembangunan negeri pintar
25th September 2017
Selangor, Taipei meterai MoU
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 28 March 2017

SUBANG JAYA, 28 MAC: Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) optimis pembangunan evolusi Smart Selangor dapat dijayakan untuk tempoh 2025.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, YM Raja Shahreen Raja Othman berkata, potensi itu diyakini mampu direalisasikan menerusi komitmen berterusan dan kerjasama baik antara pentadbiran negeri serta negara luar.

Beliau berkata, kolaborasi dinamik itu juga dilihat mampu menjadi penanda aras kepada potensi membangun Smart State yang giat dilaksanakan di peringkat negeri.

“Kami mengalu-alukan kerjasama ini kerana ia menggalakkan pertumbuhan negeri pintar membabitkan aspek teknologi masa kini yang membolehkan pelbagai produk dan perkhidmatan baru dapat dibangunkan.

“Untuk tempoh ini, MBI akan melihat keseluruhan industri dan gelombang baru yang mampu mewujudkan sebuah ekosistem baru di Selangor.

“Oleh itu, terdapat keperluan untuk memastikan perniagaan terutama komuniti ‘start up’ bersedia bagi mengeksploitasikan peluang yang ada dalam pasaran kini untuk menyokong hasrat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini MBI kekal konsisten menggalakkan pertumbuhan Smart State dalam usaha mengevolusikan teras utama pembinaan gagasan Smart Selangor.

“Lebih banyak transformasi akan dilaksanakan dalam perancangan masa terdekat termasuk meningkatkan lagi gerak kerja pengurusan smart sisa pepejal, Wifi Smart Selangor dan projek perintis lain,” katanya.

Terdahulu, Raja Shahreen hadir pada Majlis Permeteraian Memorandum Persefahaman antara Selangor dan Taipei di Dorsett Grand Subang, di sini, semalam.

Beliau mewakili MBI Selangor menandatangani set kedua MOU bersama Taipei dalam usaha menggerakkan polisi negeri smart.

Sementara Taipei diwakili Pesuruhjaya Bahagian Infomasi dan Teknologi Taipei, Dr Lee Wei-Bin yang disaksikan, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Bandar Taipei, Dr Ko Wen-Je.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11