Lab Smart Selangor medan perinci Smart Selangor Blueprint

MB: Ramadan peluang perkukuh ukhwah
25th September 2017
Lab Smart Selangor : Fasa 2 tamat, idea peserta diteliti
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 30 June 2016

SHAH ALAM, 29 JUN: Lab Smart Selangor diyakini mampu menjadi medan memperolehi input dan memperinci Smart Selangor Blueprint, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Beliau berkata, ia ekoran penganjuran lab itu menghimpunkan wakil agensi kerajaan yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Diharap wakil dapat memberi komitmen 100 peratus bagi membantu penyediaan Smart Selangor Blueprint.

“Semoga ‘output’ dan ‘outcome’ yang terhasil adalah positif seterusnya membantu pelaksanaan setiap domain,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Lab Smart Selangor di Hotel Saujana, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Diron dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman.

Disertai 70 penjawat awam, Lab Smart Selangor adalah lanjutan Majlis Penerangan Smart Selangor pada 1 Jun lalu.

Fasa pertama lab berlangsung pada 27 Jun lalu dan berakhir pada 1 Julai ini manakala fasa kedua dijangka bermula pada 18 Julai membabitkan wakil pihak swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11