Lawatan kerja ke China usaha mantapkan Smart Selangor

Selangor ICT Fair medan perkenal produk ‘Smart City’
25th September 2017
RM19.5 juta bangunkan komuniti bandar
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 25 September 2016

SHAH ALAM, 25 SEPT: Usaha memantapkan gagasan Smart Selangor membawa Kerajaan Negeri ke China selama lima hari.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata lawatan kerja itu bagi meninjau produk ‘smart state’ dan ‘smart city’ di negara berkenaan.

Katanya, produk yang sesuai berkemungkinan dibawa pulang dan dilaksanakan di Selangor.

“Kita memilih China kerana negara itu sudah melaksanakan konsep ini dengan kos yang efektif.

“Ia juga realistik untuk kita melihat China yang memiliki pembangunan seiring berbanding negara yang jauh ke hadapan seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan,” katanya kepada SelangorKini.

Delegasi Kerajaan Negeri mula bertolak pada 25 September dan dijangka pulang pada 29 September ini.

Antara yang menyertai delegasi kali ini adalah wakil SUK, pejabat Exco, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beberapa pemain industri.

Program termasuk melawat Huawei Technologies Company dan ZTE Corporation di wilayah Shenzhen.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11