Log boom berhasil sekat sampah masuk Sungai Klang

Selangor, Taipei meterai MoU
25th September 2017
Kerajaan Negeri, GLC sumbang RM605,555 jayakan Piala Sultan Selangor
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 3 April 2017

SHAH ALAM, 3 APR: Usaha pembersihan Sungai Klang akan diperhebatkan lagi dengan pemasangan log boom utama bagi menyekat aliran sampah dari Hulu Sungai Klang terutamanya dari Kuala Lumpur daripada mengalir terus ke muara, tahun ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, sebelum ini, program pembersihan itu dilaksanakan bermula dengan kerja pemasangan 48 unit mini log boom disepanjang kunci air bagi menyekat sisa pepejal terapung.

Katanya, daripada usaha itu ia menunjukkan hasil memberangsangkan dan berjaya mengeluarkan sejumlah 20,809 tan metrik sisa pepejal dari bulan Februari 2016 hingga Februari 2017.

“Manakala, aktiviti kitar semula turut dilaksanakan dan setakat Mac, sebanyak 1,100 kilogram barangan yang boleh dikitar semula dikutip dan diasingkan sekaligus mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.

“Usaha pemantauan juga akan terus digiatkan lagi bagi memantau keadaan Sungai Klang dan aktiviti pembuangan sampah haram di tebing sungai dengan mengaplikasikan teknologi seperti dron dan sensor,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Seri Andalas, Xavier Jayakumar.

Program pembersihan Sungai Klang dilaksanakan oleh anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar iaitu Hebat Abadi Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11