LZS sumbang RM42,745 untuk Balai Islam Pulau Ketam

Program Hijau Bumi Kita Hargai Kepentingan Alam
25th September 2017
MBI, Worldwide Holdings antara pembayar zakat RM9.67 juta
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 25 May 2016

KLANG, 25 MEI: Walaupun komuniti Islam di Pulau Ketam kecil bilangannya, namun Lembaga Zakat Selangor (LZS) tetap mengambil berat terhadap pembangunan dan kebajikan mereka dengan menyalurkan pelbagai bantuan kepada golongan terbabit.

Ahli Jawatankuasa Jabatan Agihan LZS, Datuk Ibrahim Md Yusof, berkata antara bantuan yang disalurkan termasuklah wang tunai RM42,745 bagi membaik pulih Balai Islam Pulau Ketam.

“Pada hari ini kita bersama beberapa syarikat korporat membayar zakat di Selangor. Walaupun bila bayar zakat tanggungjawab mereka sudah lepas, tetapi menjadi tanggungjawab LZS pula mengagihkan kepada pihak berkenaan.

“Hari ini kita tunjukkan kepada mereka aktiviti LZS, ke mana zakat disalurkan dan semoga komuniti Islam di Pulau Ketam dapat beribadah dengan lebih selesa,” katanya pada sidang media Program Zikra 2016 ‘Jelajah Kasih Bersama Asnaf’ di Pulau Ketam di sini.

Ibrahim berkata, antara syarikat korporat yang menyertai delegasi itu adalah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Kumpulan Perubatan Johor (KPJ), Kumpulan Naza dan Bank Muamalat Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11