MBI dan anak syarikat sumbang RM100,000 untuk Projek Wakaf Al-Quran JAIS

DEIG in the doldrums
25th September 2017
Ihya Ramadan: RM1.5 juta untuk 120 masjid dan surau
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 23 May 2017

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melancarkan Projek Wakaf Al-Quran dengan berhasrat mengubah penggunaan buku teks tilawah kepada penggunaan mushaf Al-Quran.

Merealisasikan hasrat itu, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan anak syarikat Kerajaan Negeri menyumbang dalam projek itu untuk melahirkan generasi Al-Quran.

Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim berkata, projek itu dilaksanakan diperingkat Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Selangor.

“Penggunaan mushaf ini dijangka akan mempercepatkan kemahiran membaca Al-Quran dan adab murid ketika bermuamalah.

“Projek ini dilaksanakan bagi menampung kos pembekalan mushaf Al-Quran yang sangat tinggi mencecah anggaran RM4.4 juta bagi kegunaan 224,223 murid,” katanya.

Projek itu dilancarkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika Majlis Sambutan Hari Guru ke-48 JAIS yang dihadiri kira-kira 6,000 guru sekolah agama JAIS di Stadium Malawati, di sini, pada 23 Mei lalu.

Pada majlis itu, MBI menyumbangkan RM100,000, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (RM15,000), manakala Yayasan Zikay (RM150,000), namun RM15,000 diserahkan bagi fasa pertama.

MBI dalam kenyataannya berkata, pendidikan salah satu teras yang diberi perhatian untuk program sumbangan.

Sebelum ini, MBI dan anak syarikatnya juga menyumbangkan RM450,000 untuk membantu pelajar di Timur Tengah.

Antara anak syarikatnya yang terbabit adalah Kumpulan Hartanah Sdn Bhd, SRM Setia Sdn Bhd, Kumpulan Perangsang, Darul Ehsan Facilities Management, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan Central Spectrum Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11