MBI salur RM3 juta insentif kepada bakal haji muassasah Selangor

Bakal haji sambut baik Insentif Haji Muassasah Negeri Selangor 2017
25th September 2017
Jemaah haji disaran manfaat insentif Kerajaan Negeri
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date    : 10 July 2017

SHAH ALAM, 10 JULAI: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) memberi insentif RM3 juta kepada jemaah haji muassasah Selangor yang bakal menunaikan haji ke Mekah, pada tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Soffan Affendi Aminudin berkata, setiap bakal haji yang memenuhi syarat akan menerima insentif itu sepenuhnya iaitu RM500 setiap seorang.

“Ia adalah kali pertama dan ekoran pencapaian serta kedudukan kewangan semakin kukuh dengan anak syarikat menyumbang dalam pelbagai bentuk pendapatan kepada MBI.

“Maka, kita terjemahkan segala perolehan ini terus kepada rakyat melalui program seperti ini,” katanya kepada media di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutup Kursus Perdana Haji peringkat Selangor yang menyaksikan MBI menyerahkan Insentif Jemaah Haji Muassasah Selangor berjumlah RM3 juta kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang diwakili DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah keseluruhan insentif itu ditetapkan berdasarkan makluman Lembaga Tabung Haji berkenaan jumlah jemaah haji muassasah dari Selangor adalah 6,000 orang.

“Setiap jemaah haji muassasah tanpa mengira suami isteri atau sebagainya akan menerima insentif dinyatakan.

“Kita berharap bakal jemaah haji akan bekerjasama menyediakan dokumen lengkap supaya dapat disalurkan insentif ini dalam masa terdekat,” katanya.

Prosedur ditetapkan ialah bakal haji perlu mengemukakan dokumen secara lengkap di pusat khidmat masyarakat DUN dan penyelaras di Selangor iaitu salinan kad pengenalan, salinan tawaran haji muassasah berdaftar dengan Tabung Haji Selangor serta dokumen berkaitan sebagai bukti bermastautin di negeri itu, sebelum 22 Julai ini.

Katanya, maklumat berhubung perkara itu boleh diperoleh dalam media sosial CSR MBI Selangor.

Difahamkan, insentif berkenaan diwujudkan selepas mendapat persetujuan bersama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Lembaga Pengarah MBI.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11