MBI santuni asnaf sempena Syawal

MBI sasar kumpul RM500,000 bantu mangsa banjir
25th September 2017
Enam anak syarikat serah RM1.95 juta sempena sambutan Aidilfitri peringkat negeri 2 Julai
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date    : 19 June 2017

SHAH ALAM, 21 JUN: Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI) terus menyemarak kemuliaan Ramadan dengan sumbangan RM20,000 kepada 100 asnaf di negeri itu.

Ketua Pegawai Operasinya, Soffan Affendi Aminudin berkata, sumbangan itu sebahagian usaha MBI meringankan beban golongan memerlukan menyambut kehadiran Syawal.

Katanya, ia juga selaras dengan perkara dianjurkan Islam untuk memperbanyakkan sedekah terhadap mereka yang kurang berkemampuan.

“Golongan asnaf perlu dibantu, lebih-lebih lagi di persimpangan ini supaya ibadat Ramadan di 10 malam terakhir dapat dilaksanakan tanpa risau persiapan Syawal.

“Kami di MBI juga anak syarikat negeri percaya, tidak akan berkurang harta apabila kita memberi dan syafaat yang akan dikurniakan Allah begitu lumayan untuk tidak direbut,” katanya kepada SelangorKini.

Majlis penyerahan sumbangan disampaikan Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi sempena Program Diskusi Muslimat di Masjid Sultan Salahuddin Idris Shah, di sini, semalam.

Selain Soffan Affendi, turut hadir Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Korporat MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11