MBI, Worldwide Holdings antara pembayar zakat RM9.67 juta

LZS sumbang RM42,745 untuk Balai Islam Pulau Ketam
25th September 2017
MB: Ramadan peluang perkukuh ukhwah
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 21 June 2016

SHAH ALAM, 21 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan RM9.67 juta daripada empat syarikat pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Serta Perasmian Masjid di Seksyen 7, di sini, semalam.

Antara pembayar zakat itu termasuklah dua anak syarikat Kerajaan Negeri, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dengan membabitkan pembayaran zakat RM1.34 juta dan Worldwide Holdings Berhad dengan bayaran RM2.23 juta.

Zakat perniagaan kedua syarikat terbabit diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif masing-masing, Raja Shahreen Raja Othman dan Datin Paduka Norazlina Zakaria kepada Sultan Sharafuddin.

MBI dan Worldwide Holdings membayar zakat perniagaan masing-masing bagi tahun kewangan berakhir tahun 2016.

Syarikat lain yang turut menunaikan zakat perniagaan adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM3.47 juta dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bernilai RM2.61 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11