Pameran Smart Selangor dedah inisiatif pintar

Lab Smart Selangor : Fasa 2 tamat, idea peserta diteliti
25th September 2017
Belanjawan 2017: Fokus pacu pertumbuhan ekonomi negeri
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 3 August 2016

SHAH ALAM – Pelbagai produk dan aplikasi berteras teknologi pintar dipamerkan dalam Pameran Smart Selangor anjuran Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) di ruang legar bangunan SUK, di sini, bermula 1 Ogos dan berakhir hari ini.

Pameran selama tiga hari itu mempamerkan sistem yang canggih ke arah persediaan Selangor menjadi ‘Smart State’ yang pertama di Malaysia, bahkan pangajuran itu membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri mengangkat gagasan Smart Selangor ke arah inovatif dan berdaya saing.

Ia adalah penganjuran kali kedua sempena Mesyuarat Persidangan Dewan Negeri Selangor selepas pertama kali diadakan di lokasi sama, pada 30 Mac hingga 1 April lalu.

Inisiatif itu juga dilaksanakan bagi membolehkan semua Ahli Dewan Negeri memperoleh maklumat lebih jelas berhubung hala tuju dan pembangunan produk berkonsepkan Smart Selangor.

Antara yang terlibat dalam pameran itu adalah empat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Sepang yang memperlihatkan inisiatif pintar yang giat dibangunkan.

Selain itu, MBI, Universiti Selangor, Celcom dan Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC) turut mempamerkan produk masing-masing sempena pameran berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11