Penghayatan Al-Quran semarak bulan suci

MBI lancar Ihya Ramadan
25th September 2017
Program Tautan Kasih Syawal agih sumbangan RM1 juta
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date    : 9 June 2017

SHAH ALAM, 9 JUN: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bersama anak syarikatnya komited menggerakkan program menghidupkan al-Quran bagi mendorong persepakatan ummah yang berjaya.

Mempergiatkan usaha itu, MBI menganjurkan majlis berbuka puasa membabitkan pelajar tahfiz dan ahli keluarga anak syarikatnya.

Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali berkata, program itu adalah kesinambungan program tadarus al-Quran yang diadakan setiap hari di Bangunan Darul Ehsan.

“Majlis iftar kali ini mengajak umat Islam memuliakan dan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup dan dizahirkan menerusi alunan ayat suci al-Quran, penyampaian terjemahan juga kupasannya sebagai muqadimah majlis ini.

“Justeru, tidak salah kita mengambil kesempatan baik ini untuk menanam minat dan cenderung membaca al-Quran,” katanya ketika Majlis Iftar Ramadan MBI bersama kakitangan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seksyen 7, di sini, semalam.

Majlis turut diserikan dengan 45 pelajar Maahad Tahfiz Klang yang menerima sumbangan duit raya.

Terdahulu, MBI turut menghulurkan sumbangan musyaf al-Quran berjumlah RM100,000 bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran kepada seluruh sekolah rendah agama Islam di Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11