Persidangan Antarabangsa Smart City bina jaringan digital

Persidangan Antarabangsa ‘Smart City’ sasar 5,000 penyertaan
25th September 2017
97 keluarga mangsa banjir terima bantuan RM1,000
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 14 November 2016

SHAH ALAM, 14 NOV: Persidangan Antarabangsa Smart City pada Disember ini memberi peluang pemain industri bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam usaha merealisasikan Selangor ke arah Smart State.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Selangor (SITEC), Yong Kai Ping berkata, pemain industri dapat mengetengahkan pengetahuan atau penyelesaian, sekali gus membantu Kerajaan Negeri.

“Ia sebagai landasan untuk menggalakkan mereka bersama Kerajaan Negeri membangunkan industri ini.

“Saya fikir kita mencari ‘service provider’ untuk diketengahkan dan sesetengahnya untuk dibawa ke luar negara.

“Justeru, pertemuan ini penting untuk kita berbincang dan memahami trend juga penyelesaian yang boleh digunapakai,” katanya kepada SelangorKini.

Penganjuran Persidangan Antarabangsa Smart City 2016 di Hotel Saujana, Shah Alam itu mendapat kerjasama antara Kerajaan Negeri, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan SITEC.

Kai Ping berkata, persidangan itu bakal memberi pendedahan berkenaan Internet Of Things dan model Big Data Analytics di samping berkongsi pengalaman, pengetahuan serta membina jaringan hubungan dengan negara lain.

“Pembangunan Smart City di India dan Barcelona adalah projek besar dan bukan hanya melalui pihak kerajaan sahaja tetapi penyertaaan daripada pihak swasta turut memainkan peranan penting.

“Perkhidmatan yang diperlukan akan mengurangkan beban harian, jadi saya fikir teknologi Smart City akan membuatkan rakyat gembira, jadi sudah tentu kita perlu menuju ke arah itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11