Program Hijau Bumi Kita Hargai Kepentingan Alam

LZS sumbang RM42,745 untuk Balai Islam Pulau Ketam
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 21 May 2016

BANGI, 21 MEI: Program Hijau Bumi Kita diyakini mampu memberi mesej kepentingan alam sekitar kepada penduduk sekitar Bandar Baru Bangi.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Husni Abdul Manan, berkata kesedaran awam seterusnya bakal mewujudkan persekitaran bersih dan sejahtera.

“Kita sememangnya mengalukan kerjasama mana-mana pihak untuk aktiviti pendidikan dan kemasyarakatan seperti hari ini.

“Semoga usaha ini dapat memberi impak kepada penduduk untuk sama-sama menjaga alam sekitar,” katanya ketika ucapan perasmian penutup program itu.

Bertempat di Tempat Meletak Kenderaan Medan Usahawan, program turut disertai lebih 30 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program merupakan anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Adab Youth Garage.

Ia turut mendapat kerjasama Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Institut Darul Ehsan (IDE) dan MPKj.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11