Program Tautan Kasih Syawal agih sumbangan RM1 juta

Penghayatan Al-Quran semarak bulan suci
25th September 2017
MB: Sumbangan RM1 juta, ‘tanda kasih’ rai Syawal
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date    : 10 June 2017

AMPANG, 10 JUN: Kerajaan Negeri menerusi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menghulurkan sumbangan Aildilfitri dalam Majlis Tautan Kasih Syawal 2017 bernilai RM1 Juta kepada kira-kira 2,000 penerima di DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak.

Sumbangan diserahkan sendiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di tujuh buah masjid sekitar Ampang dan Gombak.

Program dimulakan sekitar jam 10 pagi di Masjid Jami’ilhuda, Kampung Melayu Ampang dan berakhir di Masjid Al Amaniah Batu Caves.

Penerima masing-masing menerima sumbangan duit raya RM500 serta barangan keperluan dapur.

Turut mengiringi Mohamed Azmin adalah Ketua Pegawai Eksekutif MBI, YM Raja Shahreen YM Raja Othman, Ketua Pegawai Operasi, Soffan Affendi Aminudin dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11