Selangor ICT Fair medan perkenal produk ‘Smart City’

MBI, Kedutaan Denmark jalin kerjasama jaya bandar mampan
25th September 2017
Lawatan kerja ke China usaha mantapkan Smart Selangor
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 24 September 2016

PETALING JAYA, 24 SEPT: Selangor ICT Fair bertindak sebagai platform memberi pendedahan mengenai produk dan perkhidmatan ‘Smart City’ kepada rakyat.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia selaras dengan misi Smart Selangor yang diperkenal Kerajaan Negeri.

Katanya, program yang julung kali diadakan itu kemungkinan dijadikan sebagai acara tahunan.

“Namun, kita tidak mahu tertumpu kepada kawasan bandar sahaja tetapi turut meliputi kawasan luar bandar.

“Usaha ini penting untuk mengurangkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Nik Nazmi merasmikan Selangor ICT Fair 2016 yang turut dihadiri Setiausaha Bahagian Bahagian Teknologi Maklumat SUK, Fazlina Hashim.

Berlangsung di Encorp Strand Mall, program dua hari itu bermula pada 24 September hingga 25 September dengan menampilkan lebih 30 booth.

Selain rakan penganjur, Harvey Norman, pihak lain termasuk Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Nik Nazmi berkata, pelaksanaan dan penggunaan ICT yang berkesan mampu memacu sesebuah negara ke tahap lebih baik meliputi pembangunan sosial, ekonomi dan politik.

“Justeru, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan pembangunan negeri seiring dengan perkembangan sahsiah rakyatnya.

“Kita memberi pendedahan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai alat pendidikan bagi menghadapi globalisasi abad ke-21 ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11