Smart Selangor bukan retorik, beri impak positif langsung rakyat

Smart Selangor Retreat 2016 banyak manfaat, wajar diperluaskan
25th September 2017
1,100 lembu diagih laksana korban
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 21 August 2016

SEPANG, 21 OGOS: Smart Selangor bukanlah gagasan retorik tetapi ia bakal memberikan impak langsung kepada rakyat dengan mendokong objektif utama bagi kepentingan rakyat negeri termaju itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, berkata objektik utama Smart Selangor adalah meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kualiti hidup rakyat, memastikan kekukuhan fiskal Kerajaan Negeri, mewujudkan peluang pekerjaan dan memelihara kelestarian alam sekitar.

“Kerajaan Negeri serius dengan pelaksanaan agenda Smart Selangor. Kefahaman jelas harus diberikan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya penjawat awam yang bertindak sebagai pelaksana utama.

“Kerajaan Negeri juga sedar ‘the voice of citizens of Selangor’ merupakan teras kejayaan Smart Selangor ini,” kata Mohd Amin dalam ucapan pembukaan ‘Smart Selangor Retreat 2016’ di Avani Sepang Goldcost Resort di sini, semalam.

Jelasnya, Kerajaan Negeri sudah membentuk tadbir urus Smart Selangor yang terdiri daripada empat peringkat iaitu Majlis Perundingan Smart Selangor, Jawatankuasa Pemandu, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan kumpulan kerja.

“Struktur tadbir urus ini adalah penting bagi memastikan memastikan setiap pelaksanaan dan pelaburan Kerajaan Negeri kelak menekankan kepada konsep ‘good governance’ agar segala dirancang dapat direalisasikan secara telus dan berkesan,” katanya.

Katanya lagi, struktur tadbir urus ini juga mempermudahkan dan menyelaras kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan syarikat-syarikat Kerajaan Negeri, sektor swasta dan pihak berkepentingan yang terlibat.

Majlis Perundingan Smart Selangor dipengerusikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan dianggotai Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan panel penasihat antarabangsa sebagai ahli tetap atau jemputan.

Terdahulu, program Smart Selangor Retreat 2016 yang diadakan selama dua hari satu malam itu dihadiri lebih 70 peserta termasuk 36 Ahli Dewan Negeri Selangor (DNS), kakitangan awam Selangor dan agensi Kerajaan Negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11