Tabung Danishku Sayang bantu penghidap asma kronik

Ihya Ramadan: RM1.5 juta untuk 120 masjid dan surau
25th September 2017
MBI anjur ‘ESQ Special For Ramadan’ bantu asnaf bangkit
25th September 2017

Media : SelangorKini

Date : 29 May 2017

SHAH ALAM, 29 MEI: Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI) baru-baru ini melancarkan Tabung Danishku Sayang bagi meringankan beban bayi lelaki yang menghidap penyakit asma kronik sejak lahir.

Ketua Tanggungjawab Sosial Dan Korporat MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali Al Hafiz berkata, usaha itu adalah sebahagian inisiatif pemerbadanan terbabit membantu Danish Iman Mohd Irwan, 9 bulan yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen.

Katanya, tabung berkenaan membabitkan sumbangan MBI juga anak syarikat dan akan diserahkan kepada keluarga Danish sebelum Syawal.

“Danish terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepanjang masa dan hanya bebas daripada menggunakan alat itu dalam tempoh satu jam sahaja dalam sehari.

“Ibunya menjaga sepenuh masa, sementara gaji ayahnya dipotong jika terpaksa bercuti menguruskan Danish, membuatkan mereka kekurangan wang.

Pada 18 Mei lalu, Mohd Jaafarudin berkesempatan bertemu Danish dan keluarganya sewaktu Perlawanan Amal Adik Danish Iman di Stadium Matsushita Panasonic, di sini.

Sebelum ini, Danish dilapor memerlukan bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan susu khas dan pembelian peralatan tambahan bagi membolehkannya bernafas dengan selesa.

Terdahulu, segala peralatan membolehkan Danish bernafas sudah dibeli hasil sumbangan orang ramai.

Orang ramai boleh menyumbang menerusi akaun Maybank bapa Danish, Mohd Irwan Amir Hashim di nombor 114179467056 atau akaun CIMB atas nama ibunya, Wan Salmi Suhana Wan Majid (7602612700).

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11