Pengecualian MOT: Luar jangkaan, penduduk syukur

Kenyataan keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes MBI lawan Faekah Husin dan tujuh lain
30th August 2017
Bas elektrik jayakan Pelan Tindakan Teknologi Hijau
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date : 14 April 2017

GOMBAK, 14 APR: Hadiah pengecualian Pembayaran Pindah Milik dan Ukur (Memorandum of Transfer-MOT) diumum Kerajaan Negeri hari ini benar-benar di luar jangkaan, kata Pengerusi Persatuan Penduduk Pinggiran Batu Caves Fasa 2, Che Hamid Che Jusoh.

Beliau berkata, isu berkaitan MOT sering dibangkitkan penduduk ekoran nilai dikenakan agak ‘berat’ buat mereka yang kebanyakannya berpendapatan kecil dan sederhana.

Katanya, bagaimanapun beliau dan penduduk sedia maklum bahawa ia mesti dijelaskan bagi menyempurnakan proses penyerahan hak milik strata.

“Jadi, hari ini apabila diumumkan bahawa kami tidak perlu membayar MOT, kami agak terkejut namun pada masa sama berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri.

“Tidak pernah dibayangkan dan kami cuma harap penyelesaian baik terhadap penantian 26 tahun kami dan Allah makbulkan.

“Hanya Allah jua dapat membalas jasa baik Kerajaan Negeri,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan sebanyak 1,580 unit rumah kos rendah dan sederhana pangsapuri berkenaan dikecualikan daripada MOT.

Katanya, pemilik tanah, Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI) juga bersedia memulangkan pembayaran dibuat penghuni sebelum ini.

“Ia membuktikan MBI mendokong aspirasi Kerajaan Negeri dalam menegakkan prinsip peduli rakyat,” katanya.

Bagi rumah kos rendah, pemilik dikenakan MOT sebanyak RM1,000 manakala bagi rumah kos sederhana RM1,300.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11