Pupuk kesedaran awam, Selangor ke arah negeri bebas haiwan jalanan

Sungai Klang bersih sehingga ‘tetamu’ tak diundang timbul – MB
30th August 2017
Selangor-Taipei meterai MOU Smart State, inisiatif pembangunan negeri pintar
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date : 23 March 2017

SHAH ALAM, 23 MAC: Selangor konsisten menerajui kempen kesedaran terhadap penjagaan dan kebajikan haiwan terbiar seluruh negeri menerusi pelancaran Kempen Stray Free Selangor (SFS).

Kempen memfokuskan kepada visi kemanusiaan dan mensasarkan penglibatan masyarakat awam supaya lebih peka terhadap isu haiwan jalanan diusahakan secara bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) SPCA Selangor.

Istimewanya, kempen ini turut disokong sepenuhnya DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selaku Penaung Diraja bagi pertubuhan itu.

Tengku Permaisuri dalam titahnya menzahirkan sokongan masyarakat awam untuk lebih peka berhubung isu pendidikan bagi menangani isu lambakan haiwan jalanan di Selangor.

“Marilah kita mendukung hasrat ini untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri bebas daripada haiwan jalanan.

“Diharapkan kempen ini akan menjadi penggerak dan landasan terbaik dalam menjadikan negara kita sebagai sebuah yang bebas haiwan jalanan,” titah Tengku Permaisuri.

Terdahulu, Tengku Permaisuri mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan mencemar Duli hadir ke Majlis Pelancaran Kempen Stray Free Selangor di Shah Alam Convention Centre (SACC), di sini hari ini.

Turut hadir mencemar Duli, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah serta kehadiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin.

Dalam perkembangan sama, RM170,000 turut disumbangkan kepada pertubuhan itu hasil dana beberapa agensi Kerajaan Negeri seperti Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI Selangor) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Terdahulu, SFS menumpukan kepada aspek pendidikan sosial, pengkasian (pemandulan) haiwan dan galakan kepada Kerajaan Negeri untuk mencari kaedah terbaik bagi mengawal populasi haiwan jalanan di Selangor.

Antara program sosial yang giat dilaksanakan termasuklah penganjuran pendidikan ihsan dengan menawarkan Bengkel ‘Responsible Pet Ownership, Program Catcare di sekolah, universiti dan komuniti setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11