Selangor Smart City International Conference 2016 realisasi gagasan Smart State

97 keluarga mangsa banjir terima bantuan RM1,000
30th August 2017
Amsterdam, Barcelona dan Taipei contoh terbaik Selangor terajui Smart City
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date : 6 December 2016

SHAH ALAM, 6 DIS : Selangor Smart City International Conference 2016 memberi pendedahan kepada umum terhadap usaha Kerajaan Negeri membangunkan Selangor sebagai Smart City.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman berkata, persidangan tersebut dilaksanakan selaras komitmen Kerajaan Negeri merealisasikan gagasan Smart State.

“Untuk menjadi ‘smart’ ia memerlukan sebuah pengembaraan yang perlu diselongkar dan difahami semua pihak agar idea dan input pembangunan Smart State dapat diterjemahkan kepada umum.

“Usaha ini memerlukan pemahaman membabitkan perancangan bersistematik daripada Kerajaan Negeri dan pemahaman berkualiti kepada masyarakat Selangor.

“Keperluan inilah menjadi komitmen dan hasrat Kerajaan Negeri untuk terus giat melaksanakan agenda Smart State,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan pembukaan persidangan di Hotel Saujana Kuala Lumpur, di sini pagi ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah.

Disertai lebih 500 penjawat awam, wakil swasta, penggiat industri dalam dan luar negara, persidangan bermula hari ini hingga 7 Disember esok merupakan lanjutan kepada penganjuran Lab Smart Selangor, Jun lalu.

Persidangan turut memberi tumpuan kepada perkongsian ilmu menerusi empat sesi iaitu Smart City Knowledge Exchange, Smart Solutions for Smarter Cities, Leveraging IOT: Smart Mobility & Education dan Smart Entrepreneurs: Fireside Chat.

Turut dibincangkan sesi penerangan bagi pembangunan Smart Startup & Solution Provider Showcase termasuk Smart Mobility & Travel dan Smart Retail & Services.

Terdahulu, Kerajaan Negeri komited melaksanakan pelan jangka panjang dan inisiatif mengukuhkan agenda Smart Selangor yang mula diperkenalkan sejak 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11