Selangor, Taipei meterai MoU

Evolusi Smart State, MBI realisasi gagasan Smart Selangor
30th August 2017
Log boom berhasil sekat sampah masuk Sungai Klang
30th August 2017

Media : Sinar Harian

Date    : 28 March 2017

SUBANG JAYA – Selangor ldni memacu laju usaha untuk menjadi sebuah negeri pintar yang dikenali sebagai Smart Selangor pada tahun 2025.

Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri telah memulakan kolaborasi dua hala dengan bandar Taipei menerusi menandatanganitigaperjanjianyangmemfokuskan kepada pengangkutan pintar, pembangunan bandar pintar dan komuniti start-up.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Raja Shahreen Raja Othman berkata, kolaborasi dinamik seperti ini adalah kunci kepada kejayaan dalam memenuhi potensi membangunkan sebuah negeri pintar.

“Kami mengalu-alukan kerjasama ini kerana ia akan membantu menggalakkan pertumbuhan negeri smart. Teknologi pada masa kini membolehkan pelbagai produk dan perkhidmatan baru.

“Kita akan melihat keseluruhan industri baru timbul dan gelombang baru inovasi mewujudkan sebuah ekosistem baru di Selangor,” katanya dalam _ satu program di Dorsett Grand Subang di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, £4 Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Bandar Taipei, Dr Ko Wen- Je yang menyaksikan tiga agensi kerajaan negeri, MBI, Selangor Digital Creative Center (SDCC) dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Industri, dan Perdagangan, PKS dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan bandar Taipei sebagai asas keijasama.

Beliau berkata, pihaknya sedangberusaha ke arah melahirkan lebih banyak lasah kejayaan untuknegeri Selangor selaras inisiatif Smart Selangor.

Menurutnya, mereka juga sedang meningkatkan lagi usaha merevolusikan domain utama utamay ang akan menyumbang kepada kualiti lebih baik.

Katanya, pada April 2017, Selangor dan Taipei akan mengambil bahagian dalam forum New Southbound berkaitan industri halal dan perdagangan dua hala.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11