Smart Selangor pikat sektor swasta

Belanjawan 2017: Fokus pacu pertumbuhan ekonomi negeri
30th August 2017
Smart Selangor Retreat 2016 banyak manfaat, wajar diperluaskan
30th August 2017

Media : SelangorKini

Date : 18 August 2016

SHAH ALAM, 18 OGOS: Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) menerima maklum balas positif pihak swasta yang berminat turut serta dan berkongsi pandangan dalam pembangunan agenda Smart Selangor dirintis Kerajaan Negeri.

Ketua Program Pengurusan MBI, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir, berkata ia perkembangan baik dalam memajukan dasar terbabit sama seperti sambutan terhadap bengkel “Smart Selangor: Expression Of Interest Briefing Smart Transport & Mobility”.

“Kita jangkakan lebih kurang 160 (penyertaan) tetapi catatan itu lebih dan sudah tentu membanggakan,” katanya kepada SelangorKini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Bengkel itu membuka ruang kepada pelbagai pihak termasuk swasta bagi menjayakan agenda Smart Selangor dibangunkan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, sektor swasta dalam pelbagai bidang kepakaran menyertai bengkel itu dan pandangan dikemukakan akan diguna pakai bagi kesesuaian projek pembangunan agenda berkenaan termasuk perbelanjaannya.

“Kita menghimpun pihak swasta dalam pelbagai bidang khususnya pengurusan urus tadbir, pembangunan infrastruktur digital, pengurusan sampah serta pengurusan pengangkutan dan mobiliti.

“Penekanan terhadap empat bidang ini adalah berdasarkan dapatan dikumpul dan permintaan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta orang ramai,” katanya.

Smart Selangor adalah pembangunan berpaksikan rakyat sebagai nadi bagi menjadikan ia suatu realiti.

Falsafahnya mengambil kira faktor seperti pengukuhan rangkuman sosial, perhubungan dan pembabitan aktif di setiap peringkat masyarakat dan menangani cabaran urbanisasi dengan menggunakan teknologi sebagai ‘key enabler’.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11